Kementerian Pertanian China pada Selasa mengesahkan dua kes jangkitan demam babi Afrika dikesan di wilayah tengah, Hunan.

Pengesahan kes itu, di bandar Yiyang dan Changde, mampu mencetus kebimbangan ke atas industri bekalan daging babi selepas dua lagi kes baharu dilaporkan di wilayah barat daya China iaitu di Yunnan.

Dalam satu kenyataan kementerian itu, sejumlah 546 ekor babi dari sebuah ladang ternakan di Yiyang dan 268 ekor di Changde telah dimusnahkan selepas jangkitan tersebut dikesan.

Virus demam babi Afrika juga telah membuatkan Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan berjaga-jaga. Industri eksport daging babi AS yang mencecah nilai berbilion dolar mampu lumpuh akibat penularan penyakit tersebut.

Penyakit yang dibawa virus itu sangat digeruni kerana boleh menyebabkan simptom pendarahan pada kulit dan organ dalaman seterusnya membawa kematian kepada babi dalam tempoh dua hari.days.