PENAMATAN bantuan Amerika Syarikat (AS) kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberi implikasi besar operasi agensi kesihatan badan dunia itu.

Ini termasuk penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk paling terjejas di dunia.

Kenyataan dibuat Ketua Eksekutif Program Kesihatan Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan

“Dana dari AS lazimnya adalah secara langsung kepada program kecemasan untuk operasi kesihatan kemanusiaan di seluruh dunia, sekitar ASD200 juta atau ASD100 juta setahun, yang merupakan peruntukan terbesar kami terima.

“Kita perlu bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk memastikan dana berkenaan masih boleh disalurkan. Ini akan memberi kesan kepada perkhidmatan penyampaian kesihatan kepada penduduk yang paling terjejas di dunia.

“Kami percaya penyumbang lain, sekiranya perlu boleh mengisi kekosongan itu,” katanya.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengancam menarik semula dana kepada WHO dengan syarat agensi itu distruktur semula.