Dua maut dan seorang anggota polis cedera selepas ditembak oleh seorang lelaki di pasar raya Walmart di utara Mississippi, pada Selasa.

Suspek, Martez Tarrell Abram, 39 tahun, bagaimanapun berjaya ditahan selepas ditembak oleh anggota polis.

Menurut laporan media tempatan, dua orang yang maut merupakan pekerja pasar raya tersebut.

Saksi dipetik berkata, pekerja pertama ditembak di kawasan parkir kereta sementara yang kedua di dalam pasar raya.

Pegawai polis yang ditembak pula dibawa ke hospital dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan parah kerana dilindungi jaket kalis peluru.