awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki pukul ibu hingga maut guna kasut keselamatan, tukul besi

Bernama
Bernama
28/02/2024
12:34 MYT
Lelaki ditahan disyaki pukul ibu hingga maut guna kasut keselamatan, tukul besi
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi. - Foto: IPD SHAH ALAM
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul ibunya menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Jawa, Klang dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi.
Mohd Iqbal berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi daripada orang awam.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang suri rumah berumur 56 tahun, tinggal bersama suaminya dan suspek di rumah berkenaan.
"Mangsa dipercayai berselisih faham dengan suspek dan lelaki itu bertindak memukul ibunya menggunakan kasut kasut keselamatan dan sebatang tukul besi sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah serta hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata lelaki itu akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Salwani Samsudin di talian 013-2444234.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul ibu
#lelaki pukul ibu
#maut
#polis
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan