Berita  | Dunia

Gempa 7.0 magnitud landa Papua New Guinea

Gempa 7.0 magnitud landa Papua New Guinea
Dua gegaran susulan bermagnitud lima dilaporkan berlaku sejurus gempa yang pertama.
KUALA LUMPUR: Satu gempa kuat berkuatan 7.0 mengegar Papua New Guinea pada awal pagi Khamis.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa terletak di sekitar 200 kilometer ke bandar Rabaul pada ke dalaman 40 kilometer.

Berikutan itu, amaran tsunami dikeluarkan di Papua New Guinea.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, ombak setinggi kira-kira 30 sentimeter dijangka melanda persisir pantai Papua New Guinea serta negara jiran, Kepulauan Solomon.

Dua gegaran susulan bermagnitud lima dilaporkan berlaku sejurus gempa yang pertama.

BACA: Tiga maut dalam kejadian gempa di Jawa Timur dan Bali


Mac lalu, gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda kawasan berhampiran, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Pada Februari, gempa bumi berukuran 7.5 melanda Papua New Guinea membunuh 100 orang.