Selepas Taufan Gita membadai beberapa negara yang menyebabkan kemusnahan yang teruk, kini New Zealand pula melakukan persiapan bagi menghadapi ancaman taufan tersebut.

Terbaru, pihak tentera negara itu diletakkan dalam keadaan siap sedia dan melakukan persiapan menghadapi Gita yang dijangka bakal melanda hari ini.

Bandar Christchurch diletakkan dalam keadaan darurat dan semua penerbangan masuk dan keluar ke Wellington turut dibatalkan.

Lebih 40 sekolah dan jalan raya di South Island juga diarahkan ditutup.

Perdana Menteri Jacinda Ardern, telah menggesa orang ramai untuk mengambil perhatian amaran dan arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Taufan itu dijangka membawa angin dengan kelajuan mencecah 150 kilometer sejam berserta ribut yang berlarutan sehingga 12 jam.