Sehingga 34,799 orang berkunjung ke Istana Nurul Iman, istana diraja Brunei pada Jumaat, hari pertama majlis "Istana Terbuka" yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari sempena sambutan Aidilfitri.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai kira-kira 440,000 penduduk pada 2018, Brunei telah mengekalkan tradisi membuka istana dirajanya kepada orang awam sejak bertahun-tahun sempena perayaan tahunan umat Islam Aidilfitri, bagi membolehkan rakyat Brunei dan pelancong bertemu dan beramah mesra dengan Sultan Hassanal Bolkiah serta kerabat diraja yang lain.
Istana Nurul Iman tahun ini dibuka kepada umum selama tiga hari bermula Jumaat yang merupakan Hari Raya kedua dan menyaksikan sejumlah 34,799 pengunjung.
"Istana Terbuka yang berlangsung setiap tahun adalah satu acara yang luar biasa di negara ini," kata pengunjung dari Britain Gerald Moore kepada agensi berita China Xinhua.
"Bagi saya, ini merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk bertemu Sultan Brunei dan kerabat diraja yang lain," katanya.
Seperti biasa, pengunjung sebagai tetamu berpeluang menikmati pelbagai juadah istimewa yang disajikan untuk mereka dan bergerak ke ruang yang ditetapkan untuk sesi bertemu dan beramah mesra dengan Sultan serta kerabat diraja yang lain.
Selain rakyat dan pelancong, pengunjung termasuk diplomat asing serta kakitangan pelbagai kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2019
Istana Nurul Iman dibuka kepada umum selama tiga hari bermula Jumaat dan menyaksikan sejumlah 34,799 pengunjung. Foto Wikipedia
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Penambahbaikan tadbir urus, tata kelola pengurusan kewangan bola sepak tempatan
Mencari solusi komprehensif kepada ketirisan, kelemahan tadbir urus dan tatakelola dalam pengurusan kewangan sukan bola sepak tempatan yang kini semakin meruncing.
Kurangkan import minyak, gas, segerakan dasar tenaga lestari
Rafizi berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.