Pihak berkuasa Britain telah mengembalikan pelan kecemasan dari zaman Perang Dingin untuk memindahkan keluarga diraja sekiranya kekecohan berlaku susulan Brexit pada bulan depan.

“Pelan pemindahan kecemasan tersebut telah wujud sejak Perang Dingin, namun kini telah dipinda sekiranya berlaku gangguan awam susulan Brexit tanpa perjanjian,” kata seorang ahli pejabat Kabinet kerajaan menurut laporan The Sunday Times pada Ahad.

Laporan The Mail turut mengesahkan kewujudan pelan untuk memindahkan keluarga diraja, termasuk Ratu England, Queen Elizabeth ke lokasi yang lebih selamat daripada London.

Kerajaan Britain sedang bergelut untuk mendapatkan sokongan Parlimen untuk perundingan perjanjian Brexit bersama Kesatuan Eropah (EU) sebelum tarikh tamatnya pada 29 Mac.

Kedua-dua pihak kerajaan serta sektor swasta turut sedang menyediakan pelan kontigensi pasca Brexit tanpa perjanjian.

Beberapa kumpulan perniagaan telah menyarankan mengenai gangguan yang meluas sekiranya terdapat penangguhan panjang pada import barangan Kesatuan Eropah (EU) susulan perubahan dalam semakan kastam, serta mungkin menyebabkan kekurangan makanan dan ubat.