Selepas diberi tekanan oleh barat dari segi bantuan dan pelaburan, Kemboja kini cuba memohon sokongan dari China.

Perdana Menteri Hun Sen dijangka menyatakan hasratnya itu kepada China pada Sidang Kemuncak Khas yang dianjurkan Parti Komunis China (CPC) esok 30 November 2018 di Beijing.

Hun Sen dijadual bertemu Presiden China Xi Jinping dan pelabur China untuk membincangkan bantuan dan bentuk pelaburan yang boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan di Kemboja.

Hun Sen dijangka mengusulkan rancangan jangka panjang Kemboja dari susut infrastruktur seperti pembinaan lebih banyak jambatan, jalan bertar dan keretapi di sepanjang Sungai Mekong serta beberapa projek mega lain.

Selain Amerika Syarikat, China adalah antara penyumbang terbesar dalam penyaluran dana dan pembangunan Kemboja.

Namun Amerika Syarikat telah menghentikan penyaluran dana dan dijangka berkerjasama dengan Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) menjelang pilihan raya umum 2018.

Kesatuan Eropah juga telah hampir senada dengan Washington dengan memberi tekanan pada akses bebas cukai Kemboja.

Jika perbincangan pada Khamis berjaya, Hun Sen dijangka tidak berdepan masalah untuk memenangi pilihan raya biarpun sokongan Amerika Syarikat kini terarah kepada pembangkang.