Misi bantuan kemanusiaan yang dihulurkan Malaysia kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar dilakukan atas dasar kemanusiaan seterusnya mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap penderitaan yang dialami mereka.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tidak semua negara di seluruh dunia melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita berasa bersimpati, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya. Perdana Menteri telah menyuarakan pandangan serta menghulurkan bantuan kemanusiaan dan memberi layanan sewajarnya kepada pelarian Rohingya," katanya.
Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak bercakap kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Veteran, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak di Felcra Changkat Lada di sini pada Sabtu.
Perdana Menteri hari ini berkata bantuan makanan dan keperluan seberat 12 tan dihantar ke Chittagong di Bangladesh dengan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 35 sukarelawan iM4U akan turut dihantar dalam misi kemanusiaan itu.
Najib berkata satu pasukan peninjau akan turut dihantar ke Dhaka, Bangladesh pada Isnin depan untuk berbincang dengan Kerajaan Bangladesh mengenai tindakan susulan yang boleh dilakukan dalam membantu pelarian Rohingya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2017
TAJUDDIN: Kita berasa bersimpati, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Hujahan Malaysia di ICJ sangat bermakna untuk Palestin - Dr Ang Swee Chai
UNRWA kini semakin berdepan kesukaran untuk menyalurkan bantuan akibat sekatan yang dikenakan.
Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin
Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin.
Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Subang sumbang RM10,000, bantu rakyat Palestin
Jumlah sumbangan yang dikutip selama dua bulan itu merupakan hasil derma masyarakat di sekitar kawasan Ladang Subang.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
China seru lindungi hak dan kepentingan rakyat Afghanistan
Usaha juga perlu diteruskan untuk menggalakkan pentadbiran Afghanistan yang sederhana dan stabil menerusi dialog dan komunikasi.
Lebih sejuta pelarian di utara Syria perlukan rumah - NGO
Sumbangan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sangat dialu-alukan untuk sama-sama menyokong pihaknya membantu pelarian Syria.
Telco jangan memilih, bahagikan kawasan liputan telekomunikasi - Annuar
Annuar berkata Telco juga seharusnya memikirkan soal kemanusiaan dalam menyediakan perkhidmatan.
Semua pihak perlu sokong rundingan dialog Rusia-Ukraine
China menyokong sebarang inisiatif dan langkah yang boleh meredakan krisis kemanusiaan Ukraine.