Sebuah helikopter yang digunakan bagi misi mencari dan penyelamat terhempas di Pantai Copacabana di Rio De Janeiro pada Sabtu.

Video amatur yang diambil pelancong Brazil menunjukkan helikopter itu jatuh ke dalam laut.

Helikopter itu pada mulanya digunakan untuk menyelamatkan seorang perenang yang dilaporkan hampir lemas .

Bagaimanapun, empat krew pesawat berkenaan terselamat dan hanya cedera ringan.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku akibat kegagalan enjin helikopter.

Tidak lama selepas kejadian, perenang terbabit didapati boleh berenang semula ke pantai.