Jika anda pernah menonton babak di dalam filem mengenai haiwan yang bersatu melawan manusia yang cuba menghancurkan tempat tinggal mereka atas nama pembangunan, anda mungkin beranggapan ia hanyalah sebuah kisah rekaan.
Namun, sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan dan menyedihkan pada masa yang sama.
Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan aksi seekor Orang Utan bergayut pada pokok yang telah tumbang dan kemudian mendekati sebuah jentolak bagi menghalang habitatnya dari terus dihapuskan.
Orang Utan berkenaan dilihat terjatuh daripada pokok namun kembali bangkit ketika beberapa pegawai dari International Animal Rescue (IAR) cuba menyelamatkannya.
Pengurus komunikasi IAR Elisabeth Kay bagaimanapun menjelaskan, video berkenaan telah dirakam beberapa tahun lalu ketika mereka sedang melakukan operasi menyelamatkan Orang Utan.
“Video ini sebenarnya dirakam pada tahun 2013 di Kalimantan Barat. Ketika itu, unit Perlindungan Orang Utan dari IAR sedang melakukan kerja memindahkan Orang Utan ke kawasan yang lebih selamat” katanya dipetik portal DW.Com.
Tambahnya, adegan yang dirakam dalam video ini situasi yang semakin menjadi kebiasaan di Indonesia.
Beliau juga menjelaskan penebangan hutan di negara itu telah mengurangkan populasi Orang Utan secara drasktik yang mati kelaparan lantaran kehilangan tempat tinggal.
Agensi
Fri Jun 08 2018
Aksi seekor Orang Utan di sebuah pokok yang telah tumbang dan mendekati jentolak bagi menghalang habitatnya dari terus dihapuskan. - Foto International Animal Rescue (IAR)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara
Pasangan itu didapati bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.
Cuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba
CUACA PANAS: HAIWAN JUGA BERISIKO KENA STROK HABA
Hotel kucing jadi rebutan menjelang cuti Aidilfitri
Ada yang membuka tempahan lebih awal dan penuh sebelum Ramadan lagi.
Gangguan emosi punca si pelaku zalim
Tambah Zhooriyati, emosi negatif yang terpendam merupakan pembunuh senyap dalam hidup seseorang.
Gangguan 'agenesis'... Kali pertama kucing tanpa jantina ditemui!
Keadaan yang dialami kucing bernama Hope itu disebut agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang.
China berjaya hasilkan serigala artik klon pertama di dunia
Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu merupakan satu peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.
10% wilayah Corrientes musnah dalam kebakaran hutan
Gabenor Corrientes, Gustavo Valdes, mengisytiharkan wilayah itu sebagai "zon bencana alam sekitar".
Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar
Usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ayahnya.
Pemain West Ham United, Zouma mohon maaf aniaya kucing peliharaan
Video tersebut menunjukkan Zouma menendang kucing itu yang berada di atas lantai dan menamparnya.