awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan emosi punca si pelaku zalim

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2023
03:50 MYT
Gangguan emosi punca si pelaku zalim
Zhooriyati berkata, gangguan emosi boleh menyebabkan individu tersebut bertindak mencederakan manusia atau haiwan dan membawa kepada gangguan psikologi. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tindakan mencederakan dan menzalimi haiwan dipercayai berpunca daripada gangguan emosi negatif yang lama terpendam akibat perubahan terhadap diri seseorang.
Pakar Psikologi dari Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Dr Zhooriyati Sehu Mohamad berkata, individu yang memendam perasaan akan mencari alternatif untuk melepaskan emosi negatif.
“Jika perkara ini berpanjangan tanpa sebarang kawalan, individu tersebut boleh bertindak mencederakan manusia atau haiwan dan membawa kepada gangguan psikologi iaitu kecelaruan kelakuan.
“Lebih teruk pelaku akan berasa puas dengan membunuh tanpa belas kasihan malah bangga terhadap diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambah Zhooriyati, emosi negatif yang terpendam merupakan pembunuh senyap dalam hidup seseorang.
“Sikap memendam perasaan atas pelbagai alasan akan membawa kepada perkara yang kurang baik dan di luar jangkaan.
“Oleh itu, kita digalakkan untuk berkongsi dan meluahkan emosi kita kepada saluran betul.
“Misalnya di Malaysia, kita boleh berhubung dengan Befrienders dan lain-lain saluran yang menyediakan perkhidmatan kaunseling 24 jam,” kata beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan psikologi
#emosi negatif
#Dr Zhooriyati Sehu Mohamad
#haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan