SEORANG pegawai penjara di Chennai, India digantung kerja selepas rakaman videonya menari dalam sebuah perarakan menjadi viral di media sosial.

Pegawai yang hanya dikenali sebagai Sankaran oleh media tempatan membuat persembahan untuk rakan-rakan di sebuah bilik ketika mereka sedang menunggu untuk mengambil bahagian dalam perarakan.

Sankaran, 58 tahun, dan rakan sekerjanya dari Penjara Pusat Salem di Tamil Nadu, dikatakan menyertai perarakan di Chennai, sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Republik India.

Tetapi malangnya, video ini telah disebarkan secara meluas di YouTube, WhatsApp dan Facebook, sehingga dia menjadi popoular sekelip mata.

Malah, rakaman video itu turut mendapat perhatian netizen sehingga pihak berkuasa bertindak menyoal siasat Sankaran atas tindakannya yang kurang sopan.

Susulan itu, Sankaran bakal digantung kerja kerana dikatakan telah memberikan nama buruk kepada jabatan penjara.

Perkara itu juga telah disahkan Gabenor Penjara, M Senthil Kumar.

"Saya boleh mengesahkan bahawa pegawai ini telah diberikan notis penggantungan," katanya kepada media tempatan.