“Saya kehilangan idola saya. Saya keliru dan kecewa.”

Itu kata-kata aktivis remaja dan hos televisyen Myanmar, Thinzar Shun Lei Yi yang pada suatu ketika dahulu pernah menggelar dirinya sebagai peminat kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Namun, keadaan sudah bertukar arah. Kini, Thinzar, 27, merupakan antara pengkritik Suu Kyi yang paling lantang bersuara.

Aktivis itu merupakan anggota kumpulan aktivis liberal yang berprofil tinggi yang juga dianggotai bekas penyokong tegar Suu Kyi.

Menurut Thinzar, mereka semakin kecewa dengan pentadbiran di bawah Suu Kyi yang diundi mereka tiga tahun lalu.

“Kebanyakan aktivis dan pemuda sekarang memikirkan: ‘Apa seterusnya?’, ‘Apa akan berlaku’, ‘Apa yang dapat kami lakukan?’

“Pada saat ini, Aung San Suu Kyi akan tetap dengan pendiriannya dan tiada sesiapa boleh campur tangan. Beliau tidak akan mendengar nasihat organisasi masyarakat sivil,” katanya.

Walaupun Suu Kyi terus menjadi pemimpin yang dihormati dalam kalangan masyarakat Myanmar, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan pendapat dan kemarahan yang timbul dalam kalangan belia.

Hal ini didorong cara Suu Kyi menangani isu etnik minoriti, termasuk Rohingya Muslim serta penyekatan terhadap media dan masyarakat sivil.


Memetik laporan AFP, gelaran kehormat berkaitan kebebasan yang diterima Suu Kyi daripada Paris bakal ditarik balik lantaran kegagalannya menangani isu pelarian Rohingya di negeri Rakhine.


KEBEBASAN BERSUARA

Rata-rata aktivis juga berkata kerajaan di bawah pentadbiran Suu Kyi gagal menggunakan kuasanya untuk menghapuskan undang-undang era kolonial yang digunakan untuk menangkis perbezaan pendapat, sebaliknya mengenakan lagi sekatan terhadap masyarakat sivil.

Antara kumpulan aktivis yang terlibat adalah organisasi yang memperjuangkan kebebasan bersuara Athan, yang membawa maksuf ‘Suara’ dalam Myanmar, sebanyak 44 wartawan dan 142 aktivis telah dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan sejak kerajaan Suu Kyi mengambil alih kuasa pemerintahan.


Menurut organisasi pertolongan bebas Athan, yang bermaksud 'Suara' di Burma, 44 wartawan dan 142 aktivis telah menghadapi perbicaraan sejak kerajaan Suu Kyi mengambil kuasa.

Suu Kyi mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2016 selepas kemenangan pada pilihan raya umum dengan majoriti besar dan berjanji untuk meneruskan pembaharuan demokratik dan menamatkan perang sivil yang telah lama berlaku.

Sejak itu, pentadbirannya tidak stabil diakibatkan tindakan keras tentera terhadap masyarakat Rohingya.

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menyifatkan tindakan ini sebagai ‘pembersihan etnik’ yang mempunyai niat genosid.