Lebih 3,000 rakyat Syria telah pulang ke kampung halaman mereka sejak beberapa minggu lepas, lapor tentera Rusia.

Ia dimaklumkan Mejar Jeneral Yevgeny Ilyin dalam satu taklimat di sini.

Katanya, 494 daripadanya merupakan pelarian, selebihnya penduduk yang terpaksa lari meninggalkan rumah mereka.

Selain itu, sehingga kini, lebih 1.2 juta penduduk negara itu telah melarikan diri.

Daripada jumlah itu, lebih 244,000 penduduk telah berjaya kembali semula.

Pihak berkuasa Syria sedang membaiki infrastruktur penting termasuk sekolah, hospital dan unit kediaman.

Moscow turut merayu bantuan antarabangsa dalam memastikan kepulangan pelarian dan menolak dakwaan barat bahawa Syria tidak selamat.