PERNAH dengar tentang HIIT atau High-Intensity Interval Training?
HIIT merupakan latihan berintensiti tinggi yang banyak dilakukan sekarang, berkesan untuk menurunkan berat badan dan juga mendapatkan tahap kecergasan.
Menariknya, ia boleh dibuat dengan pelbagai cara, berlari, berbasikal, berenang, semua boleh dilakukan asalkan mengikut konsepnya: Beberapa saat atau minit bersenam dengan intensiti tinggi, rehat sebentar dan ulang semula proses tersebut.
Ramai menyatakan senaman itu berkesan untuk mereka namun kajian sebelum ini, seperti dilaporkan portal berita Channel NewsAsia, menyatakan terlalu banyak senaman HIIT adalah tidak baik untuk kesihatan.
Kajian itu mendapati mereka yang melakukan senaman HIIT tiga kali seminggu (selama enam minggu) tidak membantu membaiki tekanan darah atau peratus lemak dalam badan mereka, berbanding mereka yang bersenam secara sederhana lima kali dalam seminggu.
Secara mudahnya, ia bermaksud bersenam secara sederhana selama lima kali dalam seminggu memberi kesan yang lebih baik berbanding HIIT dari aspek tekanan darah dan peratusan lemak dalam badan.
Sementara itu, dalam kajian terbaru dilakukan Swedish School of Sport and Health Sciences dan Karolinska Institute berjaya menemui beberapa dapatan baharu.
Mereka bermula dengan merekrut 11 lelaki dan wanita yang sihat yang bersenam tetapi bukan atlet yang kompetitif.
Mereka kemudian diberikan beberapa ujian ditetapkan selama beberapa minggu.
Berikut antara dapatan kajian yang diringkaskan untuk anda:
1) Pada akhir minggu kedua, mereka berjaya mengayuh basikal lebih laju dan nampaknya semakin segar.
Kawalan gula dalam darah pula menunjukkan rekod lebih baik malah lebih banyak mitokondria dalam sel otot mereka.
2) Masuk minggu ketiga, keupayaan untuk menjana kayuhan bertenaga semasa berbasikal semakin mendatar, tidak meningkat kelajuannya, dan biopsi otot mereka yang seterusnya menunjukkan mitokondria tidak begitu banyak dihasilkan seperti sebelumnya.
Kawalan gula dalam darah juga kian merosot.
3) Setelah seminggu berbasikal dengan intensiti rendah, mitokondria mereka mula bertambah, menghasilkan lebih banyak tenaga, tetapi masih 25 peratus lebih sedikit daripada pada minggu kedua.
Tahap gula darah mereka juga stabil, tetapi sekali lagi, tidak sama seperti sebelumnya.
Walau bagaimanapun, kajian ini melibatkan jumlah orang yang sedikit dan jangka pendek, dengan hampir setiap minggu melakukan rutin senaman sama.
Kajian itu juga menampilkan sukarelawan yang sihat, jadi tidak menunjukkan apakah hasilnya akan sama - lebih baik atau lebih buruk - kepada orang lain.
Begitupun, penemuan ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang berminat dalam HIIT perlu bermula dengan perlahan, berlatih beberapa kali seminggu dan pada hari-hari yang lain, dan mungkin boleh kurangkan intensiti.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Apr 04 2021
Kajian itu juga menampilkan sukarelawan yang sihat, jadi tidak menunjukkan apakah hasilnya akan sama - lebih baik atau lebih buruk - kepada orang lain. - AFP Relax
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Benarkah senaman HIIT tidak baik untuk kesihatan?
Ramai menyatakan senaman itu berkesan untuk mereka namun kajian sebelum ini menyatakan terlalu banyak senaman HIIT tidak baik untuk kesihatan.