Datuk Bandar Baltimore mengumumkan perintah berkurung selama seminggu di bandar itu ekoran suasana tegang selepas pengebumian tahanan, Freddie Gray .

Pasukan pengawal negara pula akan dikerah untuk mengawal keadaan di bandar raya Amerika syarikat itu yang terjejas teruk akibat rusuhan.

Fray, warga kulit hitam mengalami sakit tulang belakang sewaktu berada dalam tahanan dan meninggal dunia seminggu setelah ditangkap.