Harapan untuk menemui mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Barat Daya China semakin tipis.

Ini berikutan kemungkinan semua mangsa sudah dihanyutkan arus deras.

Tanah runtuh terburuk itu sehingga kini meragut 15 nyawa tetapi pihak berkuasa giat mencari lebih seratus lima belas lagi yang dikhuatiri hilang.

Sekurang-kurangnya 10 penduduk dari 62 kediaman di perkampungan Xinmo disahkan maut ditimbus runtuhan batu, awal pagi Jumaat.

Agensi berita rasmi, Xinhua, memetik kenyataan pakar geologi sebagai berkata, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat semakin tipis kerana berkemungkinan besar dihanyutkan ke tempat lain.

Tanah runtuh pada Sabtu itu merupakan yang terburuk pernah berlaku di China dengan kesan runtuhan dianggarkan menyamai keluasan 3 ribu kolam renang.