Seorang pekerja di Australia dibayar lebih 100 kali ganda gaji yang diterimanya hanya kerana tersalah titik perpuluhan.

Individu tersebut yang berpendapatan A$4,921.76 (RM14,837.09) sebaliknya telah menerima A$492,176 (RM1.5 juta) yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Kesilapan dilaporkan juruaudit wilayah itu didakwa berpunca daripada kesilapan manusia melibatkan kemasukan data yang salah dan kegagalan berdepan dengan amaran dikeluarkan sistem tersebut.

Namun, pekerja tersebut yang tinggal di kawasan terpencil di Wilayah Utara bertindak mengembalikan wang tersebut.

Difahamkan, kejadian itu adalah salah satu daripada 743 'bayaran gaji terlebih' yang dibuat kerajaan Wilayah Utara antara Julai 2017 dan Januari 2018.

Daripada jumlah itu, AS$767,000 (RM3.1 juta) masih tidak dipulangkan sehingga akhir Januari lalu. - BBC