Pembantu Perdana Menteri Britain, Theresa May dilaporkan sedang merangka satu rancangan luar jangka untuk mengadakan pilihan raya pada November depan.

Akhbar Sunday Times melaporkan, pilihan raya awal itu adalah antara usaha pentadbiran May untuk menyelamatkan Brexit dan kedudukan perdana menteri itu sendiri.

Dua pegawai kanan pejabat May, yang mengendalikan hal ehwal politik dipercayai memulakan langkah bagi mendapatkan sokongan orang ramai terhadap pelan terbaru yang bakal dilaksanakan.

Pilihan raya itu dikatakan perlu diadakan selepas cadangan mengenai Brexit yang dikemukakan pada mesyuarat pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Salzburg, Austria, baru-baru ini, mendapat kritikan hebat.

Pejabat Perdana Menteri Britain, bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengesahkan laporan akhbar berkenaan.