Pegawai anti keganasan Indonesia menembak mati tiga suspek yang dikaitkan dengan kumpulan Daish pada Sabtu di Jogjakarta, Indonesia.

Jurucakap polis kebangsaan Mohammad Iqbal berkata pegawai daripada pasukan elit menembak ketiga-tiga suspek selepas diserang menggunakan senjata api.

Susulan serangan itu, dua pegawai tersebut mengalami kecederaan di bahagian bahu dan polis merampas empat bilah parang dan sepucuk pistol jenis revolver.

Menerusi kenyataannya, Iqbal berkata kesemua suspek dipercayai anggota kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang merupakan antara ratusan kumpulan pengganas yang berada dalam senarai paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Terdahulu pada Mei, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam serangan bom bunuh diri di Surabaya.