PENGACARA, Jihan Muse menjadi mangsa kritikan netizen selepas memuat naik satu status berkenaan seorang pelakon lelaki yang disifatkannya sebagai tidak profesional.

Dalam status 'pedas' yang dikemaskini di akaun Twitter itu, Jihan bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas nama pelakon terbabit.

Kata Jihan, dalam keadaan sarat hamil, dia masih boleh keluar bekerja atas dasar tanggungjawab, namun sebaliknya pula berlaku kepada 'hero' berkenaan.

Status 'pedas' yang dimuat naik Jihan ke akaun Twitter.


"Hero tak bertanggungjawab tu juga yang peminat simpan dalam industri. Sebab dia kerja kita disekat.

"Apalah kronik sangat dunia sekarang?" kata Jihan dengan nada yang kesal.

Ketika ramai netizen mengandaikan Jihan menujukan status itu kepada pelakon lelaki popular yang baru mendirikan rumahtangga, namun pada masa sama ramai juga berpendapat ia mungkin untuk pelakon lelaki lain.

Menurut peminat, status berkenaan tidak semestinya berkaitan pelakon berkenaan kerana isu yang didakwa ditimbulkannya di set Meletop baru-baru ini tiada kena-mengena dengan Jihan.