awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat wanita menangis tonton lakonan Fattah Amin

Gempak
Gempak
22/02/2024
02:30 MYT
Peminat wanita menangis tonton lakonan Fattah Amin
Fattah berkongsi gadis ini dikatakan sedih kerana watak yang dipegangnya benar-benar memberikan kesan kepadanya. - Gempak
KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin mendedahkan ada peminat daripada Indonesia yang menangis gara-gara menonton pengakhiran wataknya di dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku.
Memegang watak sebagai Yusuf (seorang dukun/psikitiari), Fattah berkongsi gadis ini dikatakan sedih kerana watak yang dipegangnya benar-benar memberikan kesan kepadanya.
“Ketika membuat lawatan di setiap pawagam untuk promosi bagi filem ini, tiba-tiba ada seorang peminat yang juga penonton menangis kerana terlalu emosi melihat filem ini.
“Kami pun tak sangka watak Yusuf ini boleh buat sampai penonton betul-betul menangis.
“Sebab dia ada plot twist kan untuk watak ini jadi orang tak sangka Yusuf akan jadi sebegitu.
“Tapi Alhamdullillah saya sangat bersyukur sebab kali pertama saya melakonkan filem di Indonesia penonton boleh terima watak yang saya bawa,” katanya.
Fattah Amin berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem ini di sebuah pawagam di Kuala Lumpur.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku sudah ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Februari 2024.
Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuk Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Wulan Guritno, Shalom Razade dan Alexzander Wan.
Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.
SINOPSIS TRINIL
Trinil: Kembalikan Tubuhku bermula dengan kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van De Kruk) dan Sutan (Rangga Nattra) memulakan hidup baharu setelah berkahwin.
Rara mewarisi sebuah ladang teh yang terletak di Jawa Tengah, manakala Sutan pula menjadi jururawat di hospital.
Pada suatu malam, Rara mengalami gangguan mistik. Risau akan terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk, Sutan meminta bantuan Yusof (Fattah Amin) untuk menangani gangguan berkenaan.
Pada mulanya, Rara menolak cadangan suaminya itu. - Gempak
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Trinil Kembalikan Tubuhku
#peminat menangis
#Yusuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan