awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya Anak Malaysia 2020 teguhkan rasa cinta pada tanah air

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2020
05:33 MYT
Saya Anak Malaysia 2020 teguhkan rasa cinta pada tanah air
Kempen itu dilaksanakan sebagai satu usaha untuk meraikan semangat perpaduan, kepelbagaian dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan kempen Saya Anak Malaysia 2020.
Kempen itu dilaksanakan sebagai satu usaha untuk meraikan semangat perpaduan, kepelbagaian dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengarah Projek yang juga Pensyarah UUM, Idzwan Yacob berkata, lagu asal nyanyian Dr Sam yang merupakan ciptaannya dan Datuk M Nasir itu diberikan susunan muzik baharu dalam kempen tersebut.
“Manakala pembikinan muzik video lagu Saya Anak Malaysia 2020 pula telah diadakan di lokasi bangunan bersejarah iaitu bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Dataran Merdeka selama dua hari berturut-turut iaitu pada 14 & 15 Ogos yang lalu.
“Pembikinan muzik video lagu Saya Anak Malaysia 2020 ini melibatkan seramai 250 orang tenaga kerja termasuklah kew produksi, mahasiswa UUM beserta artis terkenal tanah air seperti Jaclyn Victor, Ayu Damit, Altimet, Tomok, Fattah Amin dan ramai lagi.
“Dengan mereleasasikan projek ini, kita mahu rakyat Malaysia sama-sama meraikan Hari Malaysia ini dengan rasa bangga. Apabila kita meraikannya dengan menyatakan pada diri kita sendiri, bermakna kita menghargai diri kita sebagai Anak Malaysia,” katanya.
Astro melalui platform televisyen dan digitalnya termasuk Astro AWANI akan menyiarkan video berdurasi 6.04 minit itu dan ia telah mula disiarkan pada jam 12.30 tengah hari pada Rabu.
Video itu juga boleh disaksikan di RTM serta saluran YouTube Kementerian Perpaduan Negara.
Dalam pada itu, penerbit dan penyusun lagu, Kautsar Mat Sin yang juga pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di UUM berkata, dia telah menyuntik elemen muzik modern swing dan big band dalam lagu tersebut.
“Elemen-elemen muzik sebegini sesuai untuk menonjolkan konsep yang berbentuk sesuatu yang diraikan. Oleh kerana kita mahu raikan perpaduan, muzik yang saya gubah memang menjurus ke arah itu.
“Malah lirik lagu ini juga turut diubah sedikit serta dan diberikan sedikit penambahan untuk disesuaikan dengan konsep versi baharunya,” katanya.
Lagu Saya Anak Malaysia 2020 ini melibatkan penyanyi Family Of Unity iaitu Jaclyn Victor, Ayu Damit, Joel Timothy, Kashika dan Malik Abdullah.
Manakala daripada BCIM adalah Tomok, Amir Masdi, Dina Nadzir, Aril Pilus, Zahid Baharuddin, Akma Abdullah, Fattah Amin, Acap Fine, Maulana Mohamed, Laika AF, Haziq AF, Daqmie dan Afad Raihan.
Topic Berkaitan
#anak
#Astro
#Astro Awani
#Ayu Damit
#Daqmie
#Dataran Merdeka
#Family Of Unity
#Fattah Amin
#Hari Malaysia
#Jaclyn Victor
#Kashika
#Malaysia
#Merdeka
#pelajar
#perpaduan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Tomok
#UUM
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan