OGOS adalah bulan bersejarah untuk Malaysia.

Pelbagai aktiviti berkaitan Hari Kebangsaan diatur untuk menyemarakkan semangat patriotisme rakyat terhadap tanah air.

Sudah tentu, iklan di media elektronik terutamanya di layar televisyen menjadi antara elemen yang penting.

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-60, mari kita lihat iklan-iklan yang diterbitkan untuk memupuk semangat perpaduan dan patriotik.

Piala Taman Thomas - Petronas


Iklan Petronas tahun ini menampilkan dua legenda badminton negara - Rashid Sidek dan Foo Kok Keong.

Sempena Sukan SEA 2017 dan Hari Kebangsaan ke-60, iklan 'Piala Taman Thomas' menekankan semangat perjuangan.

Ia mengisahkan perebutan gelanggang badmintan antara sekumpulan kanak-kanak, Rashid Sidek dan Foo Kok Keong.

Berjayakah Hakim dan Joseph menewaskan pasangan Rashid Sidek dan Foo Kok Keong?


Iklan Merdeka - Maxis


Tidak semua diantara kita yang berpeluang untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, berapa ramai diantara kita yang betul-betul menggunakan peluang untuk meneroka keajaiban negara sendiri?

Maxis membawa mesej tiada ada apa setanding barangan atau kawasan buatan Malaysia!

Kita Bersatu - DiGi


Bolehkah kita bersatu? Iklan DiGi menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus berkongsi, senyum, ketawa, membantu dan memberi tanpa mengira kaum dan warna kulit.

Emma - Celcom & Axiata


Diinspirasi daripada sebuah kisah benar, Iklan 'Emma' menampilkan kisah bagaimana seorang guru dari British mempelajari kebudayaan Malaysia dan menghargai keharmonian menerusi penduduk tempatan.

Pernahkah Aku? - CIMB


Sejarah Malaysia membuktikan bahawa semua kemuliaan dan kejayaan kita adalah hasil daripada keharmonian yang kita bertahan bertahun-tahun walaupun pada masa yang sukar.

CIMB menggalakkan kita kekal bersatu untuk menegakkan Malaysia dalam semua aspek dan masa.

Kebanggaan dalam Kepelbagaian - Samsung


Iklan Samsung 'Kebanggaan dalam Kepelbagaian' menyambut keunikan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.