SEBELUM ini, hampir setiap hari kita mendengarkan kisah ataupun khabar berita daripada kumpulan fenomena Korea Selatan, BTS.
Kumpulan ‘Bangtan Boys’ itu kini sedang menikmati cuti panjang mereka yang telah diberikan oleh Big Hit Entertainment sebagai peluang bagi mereka untuk berehat daripada arena muzik.
Namun, percutian dinikmati mereka itu semestinya tidak terlepas daripada perhatian peminat ataupun ARMY yang sentiasa merindui kumpulan septet ini selepas salah seorang daripada mereka mendakwa dirinya terlihat Jin di bilik pameran kereta mewah Lamborghini.
Menurut peminat itu yang sedang bersiar-siar di Korea, dia terlihat salah seorang ahli BTS iaitu Jin di dalam bilik pameran Lamborghini dan dikatakan membeli sebuah Lamborghini Aventador S berwarna biru.
Mengikut kepada harga pasaran, model Lamborghini itu dijual dengan harga AS$522,000 (RM2.18 juta)!
Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama ahli kumpulan BTS memiliki kereta mewah kerana berbalik pada tahun 2017, seorang lagi anggota BTS, Jimin pernah memuat naik videonya yang sedang berada di kerusi penumpang sebuah kereta ‘sport’ yang kemudiannya memberikan ruang kepada detektif ARMY ini sendiri dalam meneka jenis model kereta yang dinaikinya itu.
Antara tekaan model kereta yang dinaiki Jimin itu adalah Porsche Panamera GTS atau Turbo, dan kedua-dua kereta itu bernilai AS$100,000 (RM418 ribu).
Tidak terkejutlah jika dia mampu memiliki kereta mewah dan eksklusif kerana dia sememangnya seorang yang berhati mulia kerana sering terlibat dengan kerja amal.
Selain itu Jin sering juga mendermakan sejumlah wang yang besar ke pusat jagaan haiwan dan yang terbaharu, kepada UNICEF sebanyak 100 juta won (RM350 ribu).
Sebelum ini, Jin ada juga berkongsikan kepada peminatnya dengan sebuah gambarnya menerusi laman Twitter bersama seorang lagi anggota BTS Suga yang sedang memancing.
Meskipun ia hanyalah khabar angin dan belum dapat dipastikan kesahihannya, ramai sudah peminat yang berkongsikan keterujaan mereka di laman Twitter.
Agensi
Sat Sep 07 2019
Mengikut kepada harga pasaran, model Lamborghini Aventador S itu dijual dengan harga AS$522,000 (RM2.18 juta)! - Gambar Astro AWANI
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Jin BTS beli Lamborghini biru bernilai RM2.1 juta?
ARMY mendakwa dirinya melihat Jin di dalam bilik pameran Lamborghini dan dikatakan membeli sebuah Lamborghini Aventador S berwarna biru.
Siap sedia ARMY, BTS 'ke Malaysia' 7 Ogos
'Bring The Soul: The Movie' merupakan filem teater ketiga yang ditayangkan selepas 'Burn The Stage: The Movie' dan 'Love Yourself In Seoul.'
Tetap tampan! Inilah wajah ahli BTS untuk 15 tahun akan datang
Jungkook memuat naik gambar yang telah diubah dengan menggunakan lapisan daripada aplikasi 'Snapchat' yang membuatkan mereka nampak tua.
Jangan hanya lihat BTS sebagai artis popular
BTS lebih fokus kepada topik yang berkaitan dengan kehidupan sosial seperti kesihatan mental selain membawakan keunikan dalam industri K-pop
Selepas seminggu lancar album, ini rekod yang dicapai BTS
Selepas 11 hari melancarkan album baharu, kumpulan BTS telah melakar pelbagai sejarah baharu di dalam industri K-pop.
Tony Fernandes bakal merealisasikan impian BTS Army!
Tony Fernandes dan syarikat hiburan Live Nation, sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian BTS ke Malaysia.
Pesanan buat ARMY nantikan 12 April, BTS bakal gegar dunia
BTS sudah mengesahkan album terbaharu mereka akan dipasarkan pada 12 April ini.
BTS kumpulan K-pop pertama cecah 500 juta tontonan YouTube
Bangtan Boys atau Beyond The Scene (BTS) sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis berkumpulan pertama yang mendapat 500 juta tontonan di YouTube.
Bintang K-Pop BTS kini menetap di kediaman mewah Hannam The Hills
Kumpulan K-Pop terkenal Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS, kini menetap di kawasan kediaman mewah Hannam The Hill.