Bintang program realiti, Kim Kardashian kini menjadi ratu Instagram dengan mencatat pengikut berjumlah 45 juta orang di Instagram.

Perkara ini telah diumumkan oleh Kim menerusi laman Instagram rasminya pada Rabu.

“45 juta pengikut Instagram!!!!! Saya sayang anda semua !!!!! " katanya dalam catatan terbaru di laman Instagram peribadinya pada Rabu.

45 million Instagram followers!!!!! I love you guys!!!!!

A photo posted by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on


Dengan pengumuman itu, bintang program realiti "Keeping up with the Kardashians" dan isteri kepada penyanyi rap Kanye West itu mencatat jumlah pengikut yang paling ramai di laman sosial Instagram.

Bintang program realiti yang berusia 34 tahun itu akhirnya berjaya mengenepikan penyanyi terkenal,Taylor Swift dan Beyonce yang mempunyai 44.8 juta dan 44.6 juta pengikut, masing-masing.

Malah, tiga adik perempuannya iaitu Khloe, Kylie dan Kendall turut tersenarai dalam senarai 10 pengikut Instagram paling ramai di dunia.