Dramatis Amerika Syarikat, Neil Simon, meninggal dunia awal pagi Ahad, pada usia 91 tahun, akibat radang paru-paru (pneumonia).

Beliau yang terkenal banyak menghasilkan teater Broadway sejak 1960 hingga pertengahan 90-an, menghembuskan nafas terakhir di New York Presbyterian Hospital di Manhattan.

Perkara itu disahkan Bill Evans, rakan rapat penulis drama itu, yang juga jurucakap teater Shubert Organisation.

Simon, dikatakan bijak mengadun elemen humor, drama dan introspeksi, pernah memenangi Hadiah Mark Twain untuk American Humor pada 2006.

Beliau yang pernah berkahwin sebanyak lima kali meninggalkan isteri Elaine Joyce dan tiga anak perempuan.