PELAKON legenda Hollywood, Kirk Douglas dilaporkan meninggal dunia pada usia 103 pada Rabu.

Berita kematian Kirk disahkan oleh anak lelakinya yang juga aktor, Michael Douglas, dalam satu kenyataan.

“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan bahawa Kirk Douglas telah meninggalkan kami hari ini (Rabu) pada usia 103 tahun.

“Di mata dunia, dia adalah seorang legenda, seorang pelakon pada zaman kegemilangan perfileman di era emasnya, dan seorang yang komited dalam misi memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan,” katanya menerusi media sosial.

"Tetapi di mata kami adik-beradik, Joel dan Peter, dia seorang bapa, bagi Catherine, dia mentua yang hebat, kepada cucu-cucu dan cicit-cicitnya, dia merupakan datuk yang penyayang dan kepada isterinya Anne, dia merupakan seorang suami yang hebat," kata Michael.


Kerjaya Kirk bermula pada 1946 dan beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Guys Tough, Spartacus, dan Saturnus.

Mendiang pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik sebanyak tiga kali pada tahun 1949 menerusi filem “Champion”; 1952 (Bad & the Beautiful); dan 1956 (Lust for Life).

Beliau sebelum ini dilaporkan selamat dalam nahas helikopter pada 1991 yang mengorbankan dua penumpang lain, selain pulih dari strok pada 1996.