Lebih banyak filem animasi tempatan perlu diterbitkan dalam usaha menembusi pasaran filem di peringkat antarabangsa, kata Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas) Datuk Gerald Hans Isaac.
Beliau menggesa syarikat-syarikat produksi filem tempatan memanfaatkan industri animasi kerana ia semakin menjadi pasport segera untuk menerobos ke pasaran antarabangsa.
"Filem-filem animasi boleh memasuki pasaran banyak negara dengan pelbagai bahasa, faktor bahasa bukan lagi menjadi isu, contohnya seperti filem "Upin dan Ipin".
"Saya harap syarikat-syarikat produksi filem kita akan dapat mencipta laluan untuk menembusi pasaran negara-negara seperti China, Eropah, Amerika Syarikat dalam usaha mencapai pasaran antarabangsa," katanya dalam satu majlis pengumuman mengenai perkongsian pemain industri antara KRU Animation Studios dan KidZania Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Presiden dan CEO Kumpulan KRU Entertainment Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad.
KRU turut menjemput 30 kanak-kanak yang tidak bernasib baik dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad yang mendapat sumbangan 'duit raya' dan hadiah penghargaan sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Menerusi perkongsian ini KRU akan memperkenalkan studio animasi mereka di KidZania dalam usaha meningkatkan pengetahuan berhubung industri animasi di kalangan generasi muda.
Golongan muda yang berkunjung ke KidZania akan dapat mempelajari proses membuat filem animasi, termasuk dari segi penyediaan jalan cerita, mencipta karakter dan belajar membuat 'voice over'.
KRU turut menawarkan program yang dinamakan AfterClass bagi pelajar pra-sekolah dan pelajar sekolah rendah bagi meningkatkan minat mereka dalam seni dan produksi animasi,yang akan banyaka membantu semasa mereka menyertai industri itu di masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
HANS ISAAC: Saya harap syarikat-syarikat produksi filem kita akan dapat mencipta laluan untuk menembusi pasaran negara-negara seperti China, Eropah, Amerika Syarikat dalam usaha mencapai pasaran antarabangsa. - Gambar fail
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
Industri kreatif digital Malaysia rekod eksport berjumlah RM1 bilion pada 2022 - Gobind Singh
Gobind berkata, negara memiliki lebih 300 studio yang terlibat dalam animasi, permainan, filem dan pelbagai aspek teknologi kreatif.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
Kerajaan teliti cadangan wajib tayang untuk animasi tempatan di saluran televisyen
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.
Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik, hiburan seisi keluarga
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.
Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.
Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan.
Lukisan watak puteri Disney diberi sentuhan busana nusantara
Setiap karakter mempunyai penampilan, personaliti dan kostum tersendiri termasuk bergaun kembang sehingga menjadi ikutan dan kegilaan terutama dalam kalangan kanak-kanak perempuan.