awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC

Bernama
Bernama
11/06/2021
09:52 MYT
Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan. - Gambar hiasan/Unsplash
PUTRAJAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah membantu lapan syarikat animasi dan satu syarikat permainan menjana kira-kira RM42 juta dalam peluang komersial dan jualan di Sidang Kemuncak Virtual Kidscreen 2021 yang berlangsung baru-baru ini.
MDEC membimbing sembilan syarikat kreatif itu melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan mereka ke hadapan di sidang kemuncak tersebut yang turut mengadakan persidangan dan sesi penerangan mengenai perniagaan berkaitan hiburan untuk kanak-kanak.
Syarikat-syarikat itu meraih RM27.3 juta dalam peluang komersial dan jualan sebenar berjumlah RM15.1 juta, kata MDEC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Antara syarikat itu ialah Monsta, Lemon Sky, Lil Critter, Giggle Garage, Skyline Interactive, Anima Vitae Point, Pixelline Studios, Animasia Studios dan Common Extract.
MDEC berkata sidang kemuncak itu diadakan secara maya buat pertama kali tahun ini dengan menyediakan platform bagi agensi itu untuk menyampaikan Program Pemadanan Perniagaan dan Akses Pasaran Kandungan Kreatif Digital (2P).
2P adalah inisiatif berterusan dalam merapatkan peluang industri kreatif digital Malaysia ke pasaran tempatan dan antarabangsa melalui 'Virtual Buyer Fly Ins dan Virtual Business Missions'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MDEC
#syarikat kreatif
#animasi
#Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
#Virtual Kidscreen
#digital
#bisnes
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan