CANNES (Perancis): Sektor animasi negara berpotensi dipasarkan ke peringkat antarabangsa kerana Malaysia mempunyai keupayaan dari segi teknologi dalam industri itu, kata Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad.
Beliau berkata produk animasi tempatan seperti Upin Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa daripada negara jiran.
"(Potensi sektor animasi kita) besar, kita mempunyai keupayaan sebab kita ada teknologi. Di Malaysia kita lebih ke hadapan dalam sektor ini. Kita sudah lama mulakan langkah dan dari segi kandungan, MDEC boleh bantu," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Malaysia sempena penganjuran Marche Du Film di Palais des Festival di sini hari ini.
Md Alwi berkata MDEC sebagai agensi peneraju yang menggalakkan lebih banyak penghasilan filem animasi akan terus mempergiat promosi bagi membolehkan sektor animasi negara menembusi pasaran global.
Menurutnya penganjuran Marche Du Film menjadi platform terbaik kepada MDEC untuk mempromosi dan memperkenalkan produk animasi negara seperti Upin Ipin, Ejen Ali, Mechamato dan Batik Girl.
"MDEC mesti membawa bendera Malaysia ke sini (Marche Du Film) dan menyatakan bahawa animasi adalah sesuatu yang besar sebab kalau dalam industri perfileman kena ada latihan mengenai lakonan, penerbit yang hebat dan sebagainya.
"Tetapi dalam animasi kita tak ada benda itu semua, yang perlu ada adalah inovasi dalam melahirkan animasi yang bagus. Macam Upin Ipin tidak perlu nama dan penerbit besar tetapi kita telah tunjukkan bahawa kita berjaya. Sebab itulah MDEC datang ke sini mudah-mudahan kita dapat menambah lagi pelaburan untuk negara kita," katanya.
Md Alwi berkata pihaknya juga akan membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk memohon geran dan seterusnya menghasilkan lebih banyak filem animasi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.
Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei.
-- BERNAMA
TAG: MDEC, animasi, potensi, antarabangsa, marche du film, promosi
Bernama
Wed May 18 2022

MDEC berkata, produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa daripada negara jiran. - Gambar fail

Ganja di Thailand | Pemuda Muslim Thai bimbang kebenaran akan disalah guna
Sebahagian besar rakyat Thailand masih belum memahami inti pati sebenar undang-undang mengenai usaha dekriminalisasi penggunaan ganja dalam sektor perubatan pelancongan, kata Penolong Pengarah Persatuan Pelajar Muslim Thai, Muyaheedeen Tohseng.

Kes Rasuah | Syed Saddiq cabar kredibiliti keterangan saksi utama
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mencabar kredibiliti keterangan saksi utama iaitu bekas Penolong Bendahari Armada Parti Bersatu kerana didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MAVCOM | Trafik penumpang capai rekod tertinggi sejak pandemik
Jumlah trafik penumpang udara mencatat rekod tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 selepas mencapai angka 8.7 juta, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun. Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pertumbuhan ini disebabkan kesan asas yang rendah dengan trafik penumpang pada suku pertama 2021 berjumlah 1.7 juta.

PLUS | Lebih 265 PLUSRonda bakal ditugaskan menjelang Aidiladha
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah proaktif dengan mengerahkan kira-kira 265 pasukan PLUSRonda bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya menjelang sambutan Aidiladha. Ia susulan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya pada Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, terutamanya pada hari-hari puncak iaitu 8 Julai (Jumaat) dan 11 Julai (Isnin).

Dua remaja maut kemalangan motosikal di Taiping
Dua remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di kilometer (km) 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada Khamis.

Parlimen | Akta PSA perlu dihidupkan semula - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan dalam Parlimen. Demikian jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.

Kenaikan OPR | BNM, DOSM diminta beri penjelasan
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Permohonan Geran Kandungan Digital 2022 kini dibuka
Ia penting bagi membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan.

Misi Perniagaan MDEC ke Indonesia jana potensi pelaburan lebih RM100 juta
Misi Perniagaan merupakan kelangsungan daripada program Gateway, Amplify, Investor, Nurture (GAIN) di bawah MDEC.

MDEC nafi tawar kerja kosong melalui SMS
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui mesej pesanan ringkas (SMS).

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

MDEC, AFG umum kerjasama tingkatkan syarikat fintech Malaysia
MDEC akan mengatur aliran urus niaga dan menyalurkan syarikat fintech Malaysia yang berpotensi kepada AFG.

Malaysia boleh tingkat kerjasama ke arah peningkatan penggunaan teknologi tinggi - Annuar
Syarikat Malaysia boleh mengembangkan jejak global dan membawa teknologi kerjasama dan pemindahan pengetahuan.

Jawatan MDEC: Tiada masalah jika Izzana Salleh tiada kepakaran bidang IT - Annuar Musa
Annuar berkata, MDEC bukan hanya berkaitan digital namun merangkumi pelbagai bidang termasuk pertanian dan perniagaan.

Izzana layak, berprestasi tinggi, ada misi - Dua tokoh wanita sokong lantikan
Izzana bukan sahaja seorang wanita muda yang berkelayakan dan berprestasi tinggi, malah mempunyai visi untuk memacu perubahan.

Jawatan MDEC: Izzana Salleh bukan sahaja layak malah lebih daripada layak - Annuar Musa
Izanna Salleh dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MDEC berdasarkan merit dan kelulusan akademiknya.