AKTRES drama bersiri Lara Aishah, Fasha Sandha mengakui menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan bersama pelakon, Aidil Aziz.

Menurut Fasha, dia selesa berkawan rapat dengan Aidil namun menyerahkan kepada pelakon itu untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

"Saya selesa berkawan rapat dengan Aidil kerana kesederhanaan yang ada pada dirinya.

"Namun, jika ditanya lebih lanjut mengenai perancangan hubungan kami ini, ia lebih baik diajukan pada Aidil kerana tidak manis saya sebagai seorang wanita untuk menjawabnya.

"Selagi tiada apa-apa kepastian, lebih baik saya mengunci mulut dan tidak berkongsi apa-apa perkara kepada umum.

"Apa yang saya boleh katakan kedua-dua belah keluarga tahu kami berkawan rapat dan saya selesa berkawan dengan Aidil kerana saya boleh menjadi diri sendiri tanpa terikat dengan sebarang peraturan," katanya kepada Astro Gempak.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini. - Teks: Rozaimi Zubaidi/Foto: Instagram Fasha