PENYANYI Raqib Majid selamat menimang cahaya mata pertama.

Raqib berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

Bekas bintang Akademi Fantasia 9 (AF9) itu bersyukur kerana isterinya, Tasha Manshahar selamat melahirkan zuriat sulungnya.

“Alhamdulilah. Terima kasih isteriku sayang @tashamanshahar . Selamat datang anakandaku.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih kepada semua uncle, aunty kat instagram ni sebab doakan anak sulong saya & @tashamanshahar ,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut Raqib turut memuat naik videonya yang sedang mengazankan bayinya.

Raqib dan Tasha telah dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

ALHAMDULILAH. Terima kasih isteriku sayang @tashamanshahar . Selamat datang anakandaku. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih kepada semua uncle2, aunty2 kt instagram ni sebab doakan anak sulong saya & @tashamanshahar . #raqshajrjourney #ALLAHAKBAR

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on