TEMAN wanita baharu Putera Harry, Meghan Markle, mungkin seorang pelakon popular, namun kehidupan serba glamornya di Hollywood bukanlah perkara yang menarik hati Harry.
Sebaliknya, kecintaan wanita berusia 35 tahun itu terhadap kerja kebajikan dan kemanusiaan membuatkan dia istimewa di mata Harry.
Awal minggu ini, nama Markle yang sebelum ini hanya popular di Amerika Syarikat, mula menjadi sebutan apabila majalah US weekly melaporkan dia dan Harry sudah mula keluar bersama sejak Jun lalu.
Bekas pelayan diraja Harry, Grant Harold, kemudiannya mengesahkan berita itu menerusi laporan dalam Daily Mail, yang memetik Harold sebagai berkata "mereka saling mencintai".
Harold turut memberitahu, buat masa ini, Putera Charles dan Ratu Elizabeth tidak menghalang hubungan kedua-duanya.
Markle yang dikenali sebagai Rachel Zane dalam siri televisyen "Suits", dilaporkan berkenalan dengan putera bongsu Putera Charles dan mendiang Puteri Diana itu pada Mei lepas.
Media kemudiannya pantas melabelkan pasangan itu sebagai sangat serasi, apatah lagi kerana kedua-duanya aktif dalam aktiviti kebajikan.
Markle merupakan duta World Vision Canada, di mana dia merantau ke segenap pelusuk dunia untuk berkempen tentang kepentingan sumber air bersih.
Pemilik laman web gaya hidup yang dinamakan 'The Tig' itu juga aktif dengan kempen hak kesaksamaan antara jantina bersama Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Istana Kensington setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang hubungan Harry dan Markle, namun dalam masa yang sama tidak membuat sebarang penafian.
Madiha Abdullah
Sun Nov 06 2016
Bukan sahaja berlakon, Meghan Markle juga aktif dalam kerja kebajikan. - AFP/Fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Jimmy Choo kagum sikap rendah diri Puteri Diana
Pemilik jenama kasut mewah, Datuk Jimmy Choo mendedahkan Puteri Diana selalu membantu mengangkat suitcase miliknya setiap kali berkunjung ke Istana Kensington.
Putera Harry, Meghan Markle terima ancaman anthrax?
Surat yang dihantar ke kediaman mereka di Istana Kensington pada 12 Februari itu juga didapati mengandungi mesej perkauman.
Meghan Markle tutup semua akaun media sosial
Istana Kensington dalam sebuah kenyataan memaklumkan mengenai tindakan pelakon terkenal Hollywood itu yang telah memadam akaun Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.
Puteri Charlotte memulakan hari pertama prasekolah
Anak kepada Duke dan Duchess of Cambridge, Puteri Charlotte, memulakan hari pertama prasekolah.
Bakal jadi suri hati Putera Harry, Meghan Markle jual rumah
Nama Meghan Markle sudah tidak asing lagi bagi masyarakat dunia. Bakal mendirikan rumah tangga dengan