BERITA baik untuk peminat Yuna dan K-Pop selepas penyanyi antarabangsa berkenaan diumumkan bakal berkolaborasi dengan kumpulan Epik High, bulan depan.
Perkara itu diumumkan salah seorang anggota Epik High, Tablo, di akaun Twitternya.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada kempen menjelang penerbitan album terbaharu Epik High "Sleepless in __".
Album tersebut dijadual dilancarkan pada 11 Mac nanti dan turut menyaksikan kerjasama Epik High dengan beberapa penyanyi terkenal lain seperti Suga dari kumpulan BTS, Crush, Sunwoo Jung-a dan Code Kunst.
Sebelum ini, kumpulan trio ini juga sudah bekerjasama dengan ramai artis terkenal termasuk IU dan Lee Hi dari Korea Selatan, dan Sekai no Owari dari Jepun.
Epik High merupakan kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh Tablo, Mithra Jin dan DJ Tukutz merupakan artis di bawah naungan syarikat pengurusan YG Entertainment.
Mereka memulakan kerjaya mereka pada 2003 dan melakar nama sebagai antara kumpulan bergenre hip hop alternatif yang paling disegani di Korea Selatan.
Ng Aun Kee
Thu Feb 28 2019
Yuna bakal bekolaborasi dengan Epik High pada bulan Mac. - Instagram/@yuna/@blobyblo
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tidak lagi sesuai digelar artis berbadan gempal, Afdlin Shauki kini semakin kurus!
Pelakon dan hos popular itu mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut dan ia dibuktikan melalui perbandingan gambar yang dimuat naik di Instagram.
Misteri telefon Garfield sering terdampar di pantai selama 30 tahun terbongkar!
Lebih 30 tahun sejak telefon Garfield berwarna jingga sering terdampar di pantai Finistere, Perancis - akhirnya misteri terbongkar.
Liam Neeson akui pernah bayangkan dendam berbaur perkauman
Pelakon filem 'Taken' tersebut membuat pengakuan mengejut itu ketika mempromosikan filem terbaharunya, 'Cold Pursuit', dalam satu temu bual bersama akhbar The Independent.
Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox
Saham Genting jatuh 53 sen, atau 15 peratus ke RM3.01 sehingga jam 2 petang tadi. Saham jatuh akibat pembatalan kontrak dengan Disney / Fox
BTS cipta sejarah, artis Korea pertama tampil di Billboard Music Awards
Kumpulan penyanyi lelaki popular Korea, BTS berjaya menjadi satu-satunya artis kumpulan Korea pertama yang dijemput untuk mengadakan persembahan di dalam anugerah berprestij BBMAs.
Gurauan Obama tentang hasrat Kanye West jadi Presiden AS jadi viral
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi beberapa nasihat kepada penyanyi hip hop, Kanye West berkenaan pelantikan sebagai Presiden.
Isu royalti Apple: Taylor Swift jadi mangsa troll rakyat Malaysia
Paling popular dan melucukan adalah permintaan agar Swift memujuk kerajaan untuk menarik balik GST.
Pelakon Johan As'ari kehilangan ibu tercinta kerana kanser tulang
Johan Asari kehilangan ibu tercinta iaitu Datin Firdaus Abdul Kader yang telah meninggal dunia pada hari Sabtu.
X-Files 2015: Apa yang diketahui setakat ini?
Walaupun telah 13 tahun ditamatkan, namun siri X-Files diingati sebagai antara siri paling ikonik dalam sejarah industri televisyen.
10 perkara menarik berlaku selepas Konsert Akhir Kilauan Emas 5
Namun, ada beberapa perkara menarik sepanjang konsert sehingga tamat siaran langsung yang tidak diketahui oleh para penonton