Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi beberapa nasihat kepada penyanyi hip hop, Kanye West berkenaan pelantikan sebagai Presiden dalam satu ucapan pengumpulan dana Jawatankuasa Demokrat Nasional di San Francisco pada 10 Oktober lalu, lapor beberapa media antarabangsa.

Baru-baru ini, penyanyi rap itu mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2020.

"Sekiranya Kanye serius mengenai perkara itu, saya mempunyai nasihat untuknya," kata Obama dihadapan 1,300 penonton yang hadir di perhimpunan itu.

"Sebagai seorang Presiden, anda perlu berurusan dengan karakter aneh seperti mereka berada dalam program realiti TV,” kata beliau merujuk kepada hubungan Kanye dengan bintang realiti TV, Kim Kardashian.

Obama juga memberi amaran kepada Kanye berkenaan album terhangatnya 2010 My Beautiful Dark Twisted Fantasy.

Presiden itu berkata, "Nasihat kedua saya ini merupakan tip yang paling penting.

"Ungkapan “you have a beautiful, dark, twisted fantasy” sepatutnya dielakkan dalam mesej politik. Anda tidak boleh mengatakan sesuatu seperti itu. Ramai calon yang kehilangan kerusi kongres mereka kerana menyatakan perkara-perkara seperti ini. Kami tidak berbuat demikian. "

Malah, Obama turut bergurau mengenai peluang Kanye untuk dipilih sebagai Presiden.

“Adakah anda benar-benar berfikir negara ini akan memilih seorang lelaki hitam dari selatan Chicago dengan nama yang lucu untuk menjadi presiden Amerika Syarikat? Sungguh melucukan, " kata Obama.



Kanye turut hadir pada majlis tersebut untuk membuat persembahan.


Sumber: Youtube