MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 9 Oktober 2019.
Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu hari ini.
Dewan Rakyat sekali lagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selepas ditolak di Dewan Negara sebelum ini.
Selepas dibenarkan pulang pada Selasa, mangsa banjir di daerah Baling terpaksa berpindah kembali ke pusat pemindahan malam tadi selepas hujan lebat sejak awal malam mengakibatkan kediaman mereka kembali dinaiki air.
Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan meliwat rakan selnya pada September lalu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memohon dana khas berjumlah RM6 bilion bertujuan mencipta peluang pekerjaan baharu bagi golongan belia.
Polis mungkin akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook milik bekas perdana menteri itu yang didakwa berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, ada perjanjian bertulis yang menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
8) Tolak Kerajaan Melayu: Abdul Hadi, Dr Mahathir sependapat
Kerajaan yang mentadbir Malaysia perlu mewakili masyarakat majmuk negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, selari dengan pandangan yang dilontarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Statusnya badan dunia, namun hakikatnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut berdepan masalah kewangan.
Rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) kini kembali menghiburkan malam Jumaat anda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami