awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2019
14:21 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita yang paling mendapat tumpuan.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling meraih perhatian sepanjang hari ini, Khamis, 20 November 2019.
1) Anwar jumpa Tun M, bincang pendirian isu peralihan kuasa
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad senada dan sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman dan teratur.
2) Tak cukup kuorum, PM tegur Ahli Parlimen tidak hadir sidang Dewan Rakyat
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sikap sesetengah Ahli Parlimen yang tidak hadir ketika sidang Dewan Rakyat.
3) Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Impian anak-anak muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempatan untuk menceburi bidang politik akhirnya mampu direalisasikan selepas usul menurunkan had umur mengundi dan menjadi calon pilihan raya kepada usia 18 tahun diluluskan di Sabah.
4) Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh
Selangor mencatat kes keganasan rumah tangga tertinggi iaitu sebanyak 91 kes (27 peratus) daripada 340 kes yang dilapor ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari awal tahun ini sehingga Jun lepas.
5) Pemansuhan Akta Hasutan selepas seksyen khusus dipindahkan
Pemansuhan Akta Hasutan 1948 hanya boleh dipertimbangkan setelah seksyen khusus mengenai kesalahan-kesalahan yang melibatkan institusi Diraja, kaum dan agama dipindahkan.
6) Sarawak saman Petronas
Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada Khamis.
7) Ahli perniagaan menipu dijatuhi hukuman penjara 92 tahun, 44 sebatan
Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 92 tahun dan 44 kali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 44 pertuduhan menipu pada 2018, melibatkan pelaburan baja dan penanaman kelapa sawit.
8) Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
Filem animasi pendek Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan apabila sebuah lagi karya tempatan Batik Girl menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, baru-baru ini.
9) "Saya dah tak larat, tak mampu bergelek lagi" - khabar terkini M Daud Kilau
Sejak mengalamai komplikasi membuang air kecil pada 2016, tahap kesihatan seniman tersohor, Datuk M Daud Kilau semakin merosot.
10) Abe Shinzo PM Jepun paling lama berkhidmat
Abe Shinzo mencipta sejarah sebagai perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat selepas memegang jawatan itu genap 2,887 hari pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita dalam negara
#berita luar negara
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan