Tutup

10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Januari 2020.

1) Perkeso bela nasib balu bekas jurulatih Momota, Allahyarham Mohamad Izuan

Perkeso Kelantan menyerahkan sumbangan serta faedah caruman kepada balu bekas jurulatih Kento Momota, Mohamad Izuan Ibrahim yang meninggal dunia pada 23 Disember lepas.

2) Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa 'terbang' mengelilingi bulan
Yusaku Maezawa kini mencari teman wanita untuk menemani perjalanannya mengelilingi bulan, sekali gus menjadi subjek sebuah program dokumentari terbaharu.

3) Peguam dalangi komplot jenayah, cipta bahan untuk calar reputasi - Latheefa
Seorang peguam didakwa menjadi dalang satu komplot jenayah dengan terlibat mencipta dan mengedar bahan untuk mencemar reputasi peribadi Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

4) Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas - Syed Saddiq 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa individu termasuk beberapa pegawai yang didakwa dari kementeriannya oleh pihak polis.

5) ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan

ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.

6) Pemandu van maut, empat termasuk pemain badminton Kento Momota cedera ringan
 
Kemalangan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota, 26 tahun, dan tiga pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Japan BA) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

7) Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Moahamd akan mengkaji dahulu mengapa permasalahan itu timbul sebelum dapat membuat sebarang keputusan mengenainya.

8) Vigneswaran harumkan imej negara di mata dunia

Vigneswaran baru-baru ini menghadiri Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel ke-25 yang berlangsung di Ottawa, Kanada.

9) Tunjuk alat sulit dan bertengkar, Aliff Aziz buat hal lagi

Bekas suami artis terkenal, Bella Astilah itu mengeluarkan kata-kata kesat dan seakan mahu mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada orang ramai.

10) "Kalau saya cleaner, itu satu pekerjaan yang baik" - Noralbaniah

Pelakon Noralbaniah mendedahkan fotonya yang memakai baju seragam seorang tukang cuci telah menjadi kecoh dalam kalangan kenalannya.


Tag: berita pilihan, astro awani, berita malaysia, berita antarabangsa



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.