MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 25 Januari 2020.
Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCoV).
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang rakyat negara ini yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus.
Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada gejala koronavirus.
Kerajaan tidak akan mengkaji semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China walaupun timbul kebimbangan mereka turut terjangkit dengan koronavirus atau 2019-nCoV, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malaysia kini menjadi negara ke-14 yang merekodkan jangkitan koronavirus. Jangkitan itu kini telah menyebabkan 41 kematian dengan lebih 1,287 kes jangkitan direkodkan di China setakat ini.
Wujud persoalan dalam kalangan netizen di media sosial, benarkah ada pembawa virus tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala.
Cara jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) belum diketahui dengan jelas, meskipun kes yang dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan peningkatan kes positif koronavirus kepada 1,287 kes, dengan jumlah kematian tercatat sebanyak 41.
Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai mengesahkan bahawa seorang pesakit yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan telah dikeluarkan daripada hospital.
Hong Kong kini diisytiharkan sebagai darurat susulan penularan koronavirus, sekali gus meningkatkan tahap respond daripada serius kepada peringkat tertinggi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami