Polis Thailand menahan 15 anggota sindiket penipuan 'Macau Scam' termasuk 10 lelaki warga Malaysia dalam operasi bersepadu di pekan Danok, yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.
"Kebanyakan mangsa sindiket itu adalah warga China, Taiwan dan Malaysia dengan jumlah penipuan dianggarkan mencecah 5 juta Baht (RM657,000) sebulan," kata Pemangku Ketua Polis Imigresen Thailand Mej Jen Surachet Hakpal di sini hari ini.
Sindiket melakukan penipuan dengan mengiklankan usaha membina kuil dan rumah-rumah ibadat dalam Facebook serta mempelawa mangsa 'menderma' sejumlah wang ke akaun tertentu yang diwujudkan bagi tujuan derma itu, katanya.
Surachet berkata, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga Malaysia dikenali sebagai 'Ah Khun'.
Dalam operasi itu, polis merampas 51 telefon bimbit, komputer, puluhan buku akaun bank dan kad ATM serta wang tunai 41,500 Baht (RM5,400) dan RM31,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Sindiket melakukan penipuan dengan mengiklankan usaha membina kuil dan rumah-rumah ibadat dalam Facebook serta mempelawa mangsa 'menderma' sejumlah wang ke akaun tertentu yang diwujudkan bagi tujuan derma itu. - Gambar hiasan
Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Lima anggota penguat kuasa ditahan SPRM Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok
Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.