Perkhidmatan awam adalah antara yang paling hadapan dalam menyatakan komitmen untuk membawa pembaharuan dalam tempoh 100 hari pemerintahan kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata tempoh itu memperlihatkan beberapa langkah perubahan dilaksanakan dalam usaha melicinkan pentadbiran kerajaan iaitu daripada penstrukturan agensi hingga ke perubahan kedudukan pegawai atasan kerajaan.
"Langkah-langkah perubahan ini dibuat selaras dengan wawasan kerajaan untuk mereformasi institusi pentadbiran," katanya dalam satu kenyataan sempena genap 100 hari pemerintahan kerajaan baharu pada Jumaat.
Ali dalam kenyataan itu menyenaraikan beberapa langkah yang telah dilaksanakan antaranya;
* Penamatan kontrak duta-duta khas dan penasihat-penasihat Perdana Menteri terdahulu yang merupakan lantikan politik.
* Pembubaran enam agensi kerajaan bagi mengurangkan kos pentadbiran.
* Pengurangan agensi-agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri daripada 96 kepada 48.
* Pelantikan ketua-ketua setiausaha kementerian di 11 kementerian.
* Penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) bagi menangani isu integriti dalam kalangan penjawat awam.
* Pelaksanaan ujian Bahasa Inggeris ke atas pegawai kanan kerajaan dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
* Memperkenalkan myPortfolio (Fail Meja, Manual Prosedur Kerja dan Carta Alir) bagi memantapkan tahap kecekapan tugas harian dalam jabatan-jabatan kerajaan.
Ali berkata langkah-langkah perubahan adalah satu proses yang berterusan.
Beliau turut menegaskan bahawa perkhidmatan awam akan terus memainkan peranan utama sebagai pelaksana bagi memudah cara pentadbiran kerajaan semasa.
"Piagam perkhidmatan awam dan seluruh warganya hanyalah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat selain menjadi tulang belakang kepada kerajaan yang telah mendapat mandat daripada rakyat melalui proses demokratik," katanya.
Ali dalam pada itu berkata isu seperti perlakuan khianat dalam kalangan penjawat serta kebocoran dokumen telah turut ditangani melalui tindakan tatatertib dan undang-undang bagi memastikan kelancaran pentadbiran. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 17 2018
Ali beramah mesra dengan kakitangan kerajaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, 13 Feb, 2017. --fotoBERNAMA / Fail
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.
Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?
Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.
New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.
Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.
Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.
PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.
Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.
Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.