Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen teksi individu kepada kumpulan kedua pemandu yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang menyampaikan lesen itu kepada 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa di sini berkata, pemberian lesen itu bertujuan menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka.
Katanya 43 daripada penerima lesen tersebut turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu.
Nancy berkata penerima lesen di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) itu telah melalui proses saringan ketat oleh SPAD dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Pengangkutan Jalan serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan suruhanjaya berkenaan.
"TITP disasar untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sekian lama membelenggu industri teksi seperti soal kebajikan pemandu, isu sukar menjana pendapatan, kekangan atau kesukaran pemandu untuk terus memenuhi citarasa dan kehendak pengguna, tekanan yang dirasai pemandu kerana sistem dan amalan sedia ada serta banyak lagi isu lain," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian lesen itu.
Pada 31 Mac lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ketika itu menyampaikan 300 lesen kepada kumpulan pertama pemandu.
Ia merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima SPAD sejak Ogos 2016.
Sementara itu Nancy berkata beberapa insiden yang melibatkan perkhidmatan teksi ''e-hailing'' sebelum ini dilihat memberi tekanan kepada penyedia perkhidmatan tersebut untuk meningkatkan keselamatan dan akur kepada keperluan untuk SPAD mengawal selia perkhidmatan tersebut.
"Kini adalah masanya dan peluang untuk anda (pemandu teksi) mengubah persepsi orang ramai terhadap mutu perkhidmatan teksi kita.
"Pada hemat saya, persepsi positif terhadap teksi akan terus meningkat melalui perkara-perkara asas seperti kenderaan yang bersih dan diselenggara dengan baik, personaliti dan tingkah laku pemandu teksi yang menyenangkan serta integriti mereka yang tinggi," katanya.
Antara insiden yang melibatkan perkhidmatan e-hailing termasuk kes rompakan pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong, Selangor pada 21 Mei dan kes seorang peniaga atas talian yang mendakwa dirogol pemandu GrabCar ketika dalam perjalanan dari sebuah pusat karaoke di Petaling Jaya untuk pulang ke rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada 11 Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2017
Pemberian lesen itu bertujuan menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. - Gambar fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat
Inisiatif itu mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.
Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong
APAD membuka permohonan Lesen Kelas Teksi dan Kereta Sewa kepada individu awam di bawah perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian bermula 18 April hingga 30 Jun ini.
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.
Pemerkasa PLUS: Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Lahad Datu sambut baik bantuan
Persatuan pengusaha teksi dan kereta sewa Lahad Datu sambut baik bantuan program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi tambahan.
PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.
Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong
Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKP namun mereka perlu memastikan penumpang memiliki kebenaran.
Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit, namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berikutan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
PRU14: Pengusaha kereta sewa terima tempias bahang pilihan raya
Jumlah tempahan meningkat mendadak hingga dua kali ganda berbanding hari biasa sejak seminggu lalu.
300 lagi pemandu teksi, kereta sewa terima lesen teksi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen teksi individu kepada kumpulan kedua pemandu yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.
Insiden diganggu: Daniella sebar kesedaran, Uber ambil tindakan
Selepas aduan dibuat, pihak Uber ambil tindakan menggantung tugas pemandu berkenaan untuk menjalankan siasatan selain menambah ciri keselamatan.