Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan sejak semalam.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata daripada jumlah itu, 20 orang telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dengan seorang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Empat lagi pesakit dimasukkan ke hospital swasta manakala bakinya (24 pesakit) dirawat sebagai pesakit luar. Kebanyakan pesakit mengalami simptom yang sama iaitu sakit perut dan cirit-birit.
"Pihak jabatan masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian keracunan makanan ini dan pesakit lain yang mungkin terdedah kepada risiko sama," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata kes keracunan makanan yang mana pesakit dilaporkan membelinya secara dalam talian itu telah tular di media sosial semalam.
"Jabatan menerima notifikasi mengenai kes keracunan makanan itu bermula semalam dan setakat ini, kes yang direkodkan ialah 48 dari dua daerah iaitu Marang dan Kuala Terengganu.
"Kami berharap semua peniaga dan juga orang awam akan terus menitikberatkan tatacara keselamatan makanan terutama tahap kebersihan yang tinggi," katanya.
Dr Nor Azimi berkata makanan mesti dimakan dalam tempoh tidak lebih empat jam selepas penyediaan dan sekiranya ia perlu disimpan, hendaklah dalam suhu yang sesuai serta dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelak keracunan makanan.
"Orang ramai juga perlu sentiasa peka tentang keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep 'lihat, hidu dan rasa' sebelum makan untuk mengelak memakan makanan yang telah basi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Orang ramai juga perlu sentiasa peka tentang keselamatan makanan.
Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Masyarakat perlu bijak dalam memanfaat teknologi AI
Dalam pada itu, pensyarah Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Amir Akramin Shafie berkata, selain pemerkasaan pembanguan bakat, antara cabaran lain yang perlu diberi tumpuan ialah etika dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Pembangunan bakat dalam AI perlu diberi tumpuan
Pengarah AIBIG, Fakulti Sains dan Pengkomputeran, UMK, Dr Muhammad Akmal Remli berpandangan kerajaan perlu beri tumpuan kepada aspek pembangunan bakat dalam kecerdasan buatan (AI).
Kerjasama awam-swasta dalam meningkatkan infrastruktur teknologi
Menurut Ketua Penyelidik Pengujian & Kebolehgunaan Perisian Pendidikan, Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital, Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Ts Dr Shamsul Arrieya Ariffin, langkah ini akan membuka peluang untuk melatih lebih ramai individu dalam kemahiran AI yang diperrlukan dalam era digital ini.
Tiada laporan keracunan akibat sisa toksik - Pengarah Kesihatan Sabah
Susulan dakwaan terdapat penduduk mengalami sakit dan muntah akibat terhidu sisa toksik sebuah lombong haram di Bukit Mantri, Balung.
Tiga warga Myanmar maut akibat keracunan
Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Rompin hari ini dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan.
Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.
77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad.
Iran dakwa kejadian keracunan sekolah perempuan dirancang
Iran belum mendedahkan dalang di sebalik kejadian dan apakah jenis bahan yang digunakan untuk memastikan pelajar mengalami keracunan.
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
57 pelajar keracunan, cetus kemarahan ibu-bapa di Mexico
Pihak berkuasa Mexico memaklumkan sekurang-kurangnya 57 pelajar diracun oleh bahan yang tidak dikenal pasti di sebuah sekolah menengah luar bandar di Chiapas.
Pihak berkuasa siasat punca pelancong jatuh sakit di Perhentian - MOTAC
Sekumpulan pelancong mengalami gejala pening, muntah serta demam selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian Kecil di Besut.
Masters Indonesia: Penganjur siasat punca keracunan pemain Malaysia, Thailand
Pemain terlibat telah dirawat di hospital yang tiada kaitan dengan jawatankuasa penganjur atau hotel rasmi kejohanan.
Sungai Ranggon tercemar, puluhan ikan dan udang ditemui mati
Penduduk kampung terutama nelayan sungai di kawasan itu meminta pihak berwajib mengatasi masalah yang dihadapi sejak seminggu lalu.