Seramai 511 rakyat Malaysia masih terkandas di 22 negara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada Selasa.

Jelas beliau, setakat ini seramai 11,363 rakyat negara ini yang terkandas di 68 negara telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.

“Hampir semua (kos membawa pulang) tidak dibiayai oleh kerajaan. Kos itu sama ada disumbang oleh penaja atau dibiayai sendiri oleh mereka.

“Tugas dan tanggungjawab Wisma Putra adalah untuk memudahkan perhubungan G2G (kerajaan dengan kerajaan) supaya pesawat dapat mendarat kerana kita semua sedia maklum negara-negara berkenaan pun (melaksanakan) lockdown (kawalan pergerakan).

“Oleh kerana hubungan yang baik dengan negara terbabit, mereka memberi ruang untuk kita mendarat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin.