awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan

Faida Rahim
Faida Rahim
06/08/2023
23:30 MYT
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Harrison yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya akur dengan keputusan UMNO mengumumkan keahliannya digugurkan selepas diumumkan sebagai calon mewakili PN.
KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Harrison Hassan mengakui menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola beliau dalam gelanggang politik.
Harrison yang pernah berkhidmat dengan bekas Menteri Pertahanan itu memberitahu, Hishamuddin terkejut ketika dimaklumkan menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram mewakili Bersatu.
"Dia positif, saya terkejut, bila saya maklumkan pada dia, dia terkejut. Dia peluk saya. Itu dia punya trademark kerana dia faham apa yang saya rasionalkan kepada dia.
"Keputusan saya untuk bertanding dan sebagainya. Dia faham, ini tuntutan masyarakat hari ini untuk membawa perubahan dan dia positif. Dia bagi moral support kepada saya dan berdasarkan itu saya akan harungi," katanya dalam program bual bicara di X'klusif bersama Syahril pada Ahad.
Dalam masa sama, Harrison yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya juga akur dengan keputusan UMNO mengumumkan keahliannya digugurkan selepas diumumkan sebagai calon mewakili PN.
Tambah beliau meskipun menerima kecaman yang melabelnya sebagai pengkhianat, beliau akur memandangkan corak politik yang sentiasa berubah.
"Yang kita tengok kecaman lah. Pengkhianat dan sebagainya, tapi di belakang saya terima banyak juga pujian. To me it's fair. Politik hari ini very fluid. Sebagai ahli politik kita harus terbuka.
"Pemikiran politik kita harus liberal. Kena terbuka dan menyesuaikan diri untuk menerima pandangan, cadangan dan kita memperbaiki keadaan untuk matlamat politik kita.
"Matlamat saya jelas, I am looking at the bigger picture. Saya tengok ke hadapan. Macam saya sebut inilah dia tuntutan masyarakat kerana dalam negara kita politik sudah semakin matang," kata bekas Timbalan Ketua Umno Sungai Buloh ini lagi.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Perikatan Nasional
#Hishammuddin Hussein
#Datuk Harrison Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan