KUALA LUMPUR: Seramai 55 usahawan berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak RM1.56 juta menerusi program Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) Bumiputera Business Coaching (IBBC) Homestay dan Bumiputera Business Enhancement Programme (BBEP).
Kedua-dua program itu mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan apabila 50 peratus peserta IBBC Homestay dan 52 peratus peserta BBEP Kohort 7 tahun 2020 dapat meningkatkan jualan masing-masing antara 20 peratus dan lebih 100 peratus.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia kejayaan INSKEN mempersiapkan usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sesuai untuk mereka bersaing di dalam industri yang semakin mencabar.
Jelasnya, program ilmu keusahawanan dan kemahiran perniagaan itu diberi melalui kaedah bimbingan selama empat bulan bermula September tahun lepas.
"Program 'hand-holding' seperti ini dilengkapi dengan latihan dan bimbingan secara holistik serta dipantau bagi memastikan skala kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran.
"Para usahawan perlu terus menuntut ilmu keusahawanan agar dapat memajukan perniagaan serta bersaing di peringkat yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, sebanyak 52 pekerjaan baharu juga telah dicipta melalui program tersebut.
Terdahulu, Wan Junaidi menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Sijil Program IBBC Homestay dan BBEP Kohort 7 2020 di Kota Bharu, Kelantan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin berkata, komitmen dan kesungguhan peserta program IBBC dan BBEP ketika mengikuti program menjadi faktor utama kepada kejayaan mereka.
Hasilnya, usahawan bukan sahaja dapat melonjakkan perniagaan mereka malah masih kekal bertahan dan dapat meneruskan operasi perniagaan seperti biasa, katanya.
"Antaranya, usahawan Mohammad Azmir Zahir Abu Bakar yang cemerlang melalui program IBBC Homestay dan berjaya mencatat RM5,642.63 purata hasil jualan, atau 242 peratus peningkatan, selepas menyertai program IBBC.
"Manakala purata hasil jualan tertinggi bagi peserta program BBEP adalah sebanyak RM55,040.45, atau 194 peratus peningkatan, oleh Nur Aini Abdul Wahab iaitu usahawan dalam industri pembuatan perabot," kata Muhd Firdaus.
IBBC dan BBEP 2020 merupakan program pembangunan usahawan bagi meningkatkan skala perniagaan mengikut industri yang berkaitan.
Ia juga bertujuan memberi panduan kepada usahawan dalam mengembang dan melonjakkan prestasi serta mempelajari dan menguasai teknik menguruskan perniagaan dengan berkesan.
Program IBBC dan BBEP masih diteruskan sehingga hari ini dan 2021 merupakan tahun kelima ia dianjurkan.
Astro Awani
Sun Mar 07 2021
Wan Junaidi (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada Mohammad Azmir Zahir yang cemerlang hasil mengikuti program IBBC Homestay dengan mencatatkan 242 peratus peningkatan. - Foto MEDAC
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Penambahbaikan tadbir urus, tata kelola pengurusan kewangan bola sepak tempatan
Mencari solusi komprehensif kepada ketirisan, kelemahan tadbir urus dan tatakelola dalam pengurusan kewangan sukan bola sepak tempatan yang kini semakin meruncing.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
PDRM, JIM, APM gempur Pasar Selayang, tahan 108 PATI
Operasi itu bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat di sekitar Pasar Harian Selayang terutamanya melibatkan PATI.
PDRM laksana operasi ambang tahun baharu besar-besaran seluruh negara
Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa lain.
Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.
KKM adakan operasi khas banteras penjualan air zam zam tidak sah
KKM mengadakan operasi serbuan khas di beberapa kawasan bagi menyiasat aktiviti penjualan serta pengedaran produk yang didakwa sebagai air zam zam.
Premis kotor ditutup, DBKL keluar 58 kompaun
Operasi dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mazlan Daham.
Isu teknikal punca penerbangan lewat, dibatalkan - MYAirline
MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengenal pasti isu teknikal dialami pesawatnya sebagai punca berlaku kelewatan serta pembatalan penerbangan.
JBPM tambah 12 lagi anjing pengesan
Penambahan itu sekali gus dapat membantu JBPM dalam pelbagai operasi termasuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).