awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu teknikal punca penerbangan lewat, dibatalkan - MYAirline

Bernama
Bernama
18/03/2023
14:30 MYT
Isu teknikal punca penerbangan lewat, dibatalkan - MYAirline
MYAirline berkata, kelewatan ketibaan pesawat baharu yang boleh menyelesaikan isu terbabit selain berperanan sebagai pesawat ganti, juga adalah antara sebab berlakunya masalah terbabit. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengenal pasti isu teknikal dialami pesawatnya sebagai punca berlaku kelewatan serta pembatalan penerbangan.
Syarikat penerbangan itu berkata, pasukan kejuruteraannya sedang gigih berusaha menyelesaikan isu terbabit dan operasi dijangka pulih sepenuhnya dalam beberapa hari akan datang.
"Penerbangan terbabit akan diumumkan di laman sesawang kami di bawah (tajuk) 'Status Penerbangan,' media sosial dan disampaikan terus kepada penumpang berkenaan menerusi e-mel atau pesanan teks," katanya dalam kenyataan hari ini.
MYAirline berkata, kelewatan ketibaan pesawat baharu yang boleh menyelesaikan isu terbabit selain berperanan sebagai pesawat ganti, juga adalah antara sebab berlakunya masalah terbabit.
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi mempercepat penghantaran pesawat baharu. Ini kerana kami mempunyai dasar dari segi penyediaan pesawat ganti bagi mencapai standard OTP sejak mula beroperasi.
"MYAirline memohon maaf kepada semua penumpang kami di atas kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran semua," katanya.
Penumpang yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi ejen sembang secara langsung penerbangan itu menerusi www.myairline.my atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYAirline
#standard OTP
#pesawat
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan